Tuesday, March 16, 2010

Manuskrip tulisan tangan Einstein




BUAT julung-julung kali manuskrip asal teori kerelatifan ahli fizik tersohor abad ke-20, Albert Einstein yang menjelaskan mengenai teori lohong hitam sehinggalah kepada letupan besar dipamerkan kepada masyarakat dunia.

Akademi Sains dan Kemanusiaan di Baitulmuqaddis mempamerkan manuskrip asal tulisan tangan ahli fizik tersohor itu sebanyak 46 halaman. Manuskrip tersebut menerangkan mengenai alam semesta mengembang dan menunjukkan bagaimana graviti membengkok ruang serta masa.

"Kami mahukan keunikan yang memberi makna kepada kepentingan sejagat dan kami bernasib baik kerana boleh mengakses sebuah manuskrip yang tidak pernah dilihat secara keseluruhan sebelum ini," kata Presiden Akademi Sains dan Kemanusiaan tersebut, Menahem Yaari.

Einstein merupakan salah seorang daripada pengasas Universiti Hebrew di Baitulmuqaddis.

Beliau menyumbang manuskrip berkenaan kepada universiti yang ditubuhkan pada 1925 selepas empat tahun menerima Anugerah Nobel dalam bidang fizik. Anugerah tersebut merupakan anugerah teragung dalam bidang sains.

Menerusi wasiat Einstein, beliau mahu universiti terbabit menyimpan manuskrip tersebut selepas kematiannya pada 1955.

Universiti Hebrew bagaimanapun meminjamkan manuskrip berkenaan kepada Akademi Sains dan Kemanusiaan tersebut sempena ulang tahun kelahiran Einstein yang ke-131 pada 14 Mac lalu.

Cetakan pertama teori kerelatifan Einstein pada 1916 kekal sebagai perkembangan penting dalam dunia fizik moden.

"Ia telah mengubah pemahaman kita mengenai ruang, masa, hukum graviti dan alam semesta secara keseluruhan," kata bekas presiden Universiti Hebrew yang kini mempengerusikan jawatankuasa Akademik Arkib Albert Einstein, Hanoch Gutfreund.

"Saya merujuknya sebagai Magna Carta fizik," ujar Gutfreund. "Ia merupakan manuskrip paling penting dalam keseluruhan arkib ini."



MANUSKRIP tulisan tangan Einstein mengenai alam semesta dipamerkan di Akademi Sains dan Kemanusiaan di Baitulmaqdis.

Walaupun ia merupakan pusat hasil karya Einstein, manuskrip asli itu tidak pernah menarik perhatian ramai seperti diri Einstein sendiri.

Sebelum ini menurut Gutfreund, muzium-muzium di seluruh dunia hanya mempamerkan beberapa muka surat daripada manuskrip itu dengan sebahagian besar bahan pameran mempamerkan pencapaian peribadi dan profesional saintis paling berpengaruh itu.

Ia mungkin disebabkan sebahagian kandungan teori itu adalah dalam bahasa Jerman dan sedikit kabur sehingga menyebabkan mereka yang tiada latar belakang sains kurang berminat dengan manuskrip tersebut.

Einstein mengambil masa selama lapan tahun selepas mengumumkan teori kerelatifan, khasnya dalam mengemukakan formula persamaan terkenal iaitu formula E=mc2. Perkembangan kepada teori relativiti umumnya menunjukkan graviti boleh menjejaskan ruang dan masa.

Ia merupakan satu penyelesaian kepada pemahaman kuasa-kuasa asas fizik dan fenomena termasuk alam semesta.

Bagaimanapun penganjur pameran berkata, kini kepentingan halaman-halaman manuskrip Einstein, gambarajah dan kesempurnaan lakaran tidak akan hilang daripada pandangan orang kebanyakan.

Tambahnya, pameran itu mempersembahkan manuskrip dalam konteks warisan teori termasuk penerokaan angkasa moden untuk satelit komersial, teknologi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dan cubaan-cubaan masa kini bagi mewujudkan satu penjelasan mengenai pencarian kuasa sejagat yang bermula sejak berdekad lalu.

"Cabaran terbesar adalah menjadikan isu-isu ini satu kejayaan, idea-idea yang dibangunkan dan dibuang serta kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan oleh Einstein.

"Orang ramai akan menghargainya walaupun mereka tidak memahami isi kandungan manuskrip itu," kata Gutfreund.

Albert Einstein yang dilahirkan pada 14 Mac 1879 di Ulm, Baden Wurttemberg selatan Jerman merupakan anak sulung daripada dua beradik. Beliau anak kepada pasangan Yahudi, Hermann dan Pauline Einstein.

Beliau merupakan sepuluh daripada 100 Tokoh Berpengaruh Dalam Sejarah Dunia mendirikan rumah tangga dengan Mileva Maric yang berasal dari Novi Sad, Serbia pada 1903.

Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Hans dan Eduard Albert.

Bagaimanapun, rumah tangga yang dibina bersama Mileva hanya mampu bertahan selama 16 tahun sebelum beliau mengahwini sepupunya, Elsa Einstein Lowenthal pada 1919.

Siri penemuan saintifik beliau menggegarkan dunia fizik termasuk kesan cahaya elektrik (fotoelektrik), gerakan Brown dan persamaan jisim dan tenaga.

Penemuan fotoelektrik melonjakkan nama Einstein apabila memenangi hadiah Nobel Fizik pada 1921.

Begitupun, teori relatif khas yang menggabungkan tenaga dan jisim dengan formula E=mc2 lebih dikenali masyarakat dunia serta sering digunakan untuk pelbagai tujuan.

Einstein meninggal dunia pada usia 76 tahun di Hospital Princeton di New Jersey.

Kini manuskrip asli teori kerelatifan Einstein dipamerkan sehingga 25 Mac ini di Akademi Sains dan Kemanusiaan Baitulmuqaddis.


EINSTEIN berjaya menjelaskan mengenai lohong hitam dan letupan besar yang diguna pakai sehingga hari ini.

petikan dari
Kosmo Online
17 Mac 2010

Friday, March 12, 2010

Teori relativiti Albert Einstein



"APABILA lelaki duduk bersama gadis cantik selama satu jam ia bagaikan satu minit. Tetapi apabila duduk di atas dapur panas selama seminit ia seperti satu jam. Itu relativiti," demikian kata Albert Einstein mengenai teori relativiti.

Tahun 1905, merupakan annus mirabilis (tahun keajaiban) buat Einstein apabila beliau membangunkan teori relativiti - satu penerangan bahawa hubungan antara masa dengan ruang mencabar pandangan umum seperti yang diterima sejak zaman Sir Isaac Newton, 200 tahun sebelum itu.

Siri penemuan saintifik beliau turut menggegarkan dunia fizik pada tahun tersebut termasuk kesan cahaya elektrik (fotoelektrik), gerakan Brown dan persamaan jisim dan tenaga.

Lebih membanggakan, penemuan fotoelektrik tersebut melonjakkan nama Einstein apabila memenangi hadiah Nobel Fizik pada tahun 1921 yang merupakan anugerah teragung dalam bidang sains.

Penemuan itu memberi kesan terhadap perkembangan tamadun manusia apabila ia diaplikasikan untuk membuat televisyen dan pelbagai peralatan elektrik serta elektronik hari ini.

Begitupun, teori relatif khas menggabungkan tenaga dan jisim dengan formula E=mc2 iaitu persamaan jisim tenaga lebih dikenali masyarakat dunia serta sering digunakan untuk pelbagai tujuan.

Menghidap asperger

Anak lelaki pasangan Hermann dan Pauline Einstein berbangsa Yahudi itu dilahirkan pada 14 Mac 1879 di Ulm, Baden Württemberg selatan Jerman dengan masalah sukar bertutur sehingga berusia tiga tahun. Keadaan itu mungkin menyebabkan beliau banyak berimaginasi ketika kecil.

Beliau yang menghidap sindrom asperger, sejenis penyakit berkaitan autisme sama sekali tidak menghalangnya berkelakuan seperti kanak-kanak biasa.

Sewaktu mencecah usia lima tahun kanak-kanak istimewa itu jatuh sakit dan terlantar di atas katil sebelum bapanya menunjukkan kompas poket magnetik yang berjaya membuatkannya terpukau dengan jarum kompas itu.

Beliau sangat teruja dengan jarum kompas yang sentiasa menunjuk ke arah utara walaupun ia diterbalikkan dan yakin bahawa terdapat sesuatu yang menarik di sebalik keajaiban tersebut.

Sejak itu, pelbagai persoalan timbul dalam fikiran Einstein mengenai keajaiban jarum kompas berkenaan dan ingin mencari jawapan mengenainya.

Kejadian itu dipercayai detik permulaan kecenderungan Einstein dalam menguasai bidang sains fizik sehingga berjaya mengukir nama menjadi 10 daripada 100 Tokoh Berpengaruh Dalam Sejarah Dunia.

Ibunya, Pauline merupakan pemain piano terkenal dan ingin anaknya menyukai muzik. Dia mengajar Einstein meminati instrumen biola ketika berumur enam tahun tetapi beliau tidak menggemarinya.

Bagaimanapun, apabila mendengar hasil karya Mozart ketika berumur 13 tahun, beliau kembali bermain biola sehingga akhir hayatnya.

Beliau yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Luitpold, Munich, Jerman pada 1888 sebelum berpindah ke Sekolah Katolik Aarau, Switzerland merupakan pelajar cemerlang dalam matapelajaran sains dan matematik tetapi tidak berjaya dalam sastera.

Einstein menerima diploma perguruan dari Institut Politeknik Persekutuan Zurich, Switzerland pada tahun 1900 dan berjaya mendapat ijazah doktor falsafah (Ph.D) dari Universiti Zurich pada tahun 1905.

Sebelum beliau mengecapi kegemilangan dalam bidang sains fizik dan matematik, anak pertama daripada dua adik-beradik itu hanya seorang penolong teknikal di pejabat paten di Bern, Switzerland serta banyak menghasilkan kajian berhubung sains fizik.


EINSTEIN dianggap saintis ulung yang tiada tolok bandingnya sehingga hari ini.

Ikon dunia fizik yang memiliki rambut kusut masai berwarna putih itu mendirikan rumah tangga bersama Mileva Maric kelahiran Titel, Novi Sad, Serbia pada tahun 1903 dan dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Hans dan Eduard Albert.

Bagaimanapun, sebelum berkahwin pasangan tersebut mempunyai seorang anak luar nikah perempuan, Lieserl Albert yang dilahirkan pada tahun 1902. Einstein tidak pernah bertemu dengan bayi tersebut dan sehingga hari ini ia menjadi misteri serta tiada catatan terperinci tentang keadaan Lieserl.

Hans pula menjadi seorang profesor dalam kejuruteraan hidraulik di Universiti California, Berkeley, Amerika Syarikat (AS) manakala Eduard menghidap skizofrenia dan meninggal dunia pada tahun 1965.

Einstein begitu mengagumi keperibadian Mileva yang mampu berdikari dan tinggi intelektual.

"Makhluk yang sama taraf dengan saya dan kuat serta berdikari seperti saya," kata Einstein mengenai isterinya.

Namun, mahligai indah bersama Mileva hanya mampu bertahan selama 16 tahun sebelum beliau mengahwini sepupu terdekatnya, Elsa Einstein Löwenthal pada tahun 1919. Kemasyhuran Einstein mengakibatkan beliau sering didampingi wanita.



EINSTEIN (dua dari kiri) pernah ditawarkan menjadi presiden Israel kerana kepintarannya.

Tukar kerakyatan AS

Pada tahun 1933, beliau dituduh Rejim Parti Pekerja-Pekerja Jerman Sosialis Nasional kerana dikatakan berniat mencipta fizik Yahudi yang berbeza dengan fizik Jerman iaitu fizik Arya.

Disebabkan perbezaan pendapat tersebut, Einstein melepaskan kerakyatan Jerman dan berhijrah ke AS untuk menjadi profesor di Princeton, New Jersey serta menerima kewarganegaraan AS pada tahun 1940.

Dalam pada itu, atas nasihat seorang ahli fizik, Leo Szilard, beliau mengirim surat kepada Presiden AS ke-32, Franklin Delano Roosevelt pada tahun 1938 agar menyelidik mengenai nuklear bagi kegunaan tentera kerana bimbang kerajaan Nazi di bawah pimpinan Adolf Hitler membangunkan senjata atom.



Kehidupan penuh liku dan masyhur Einstein menemui penghujung tepat pukul 1.15 pagi, 18 April 1955 di Hospital Princeton di New Jersey. Meninggal dunia pada usia 76 tahun, mayat beliau dibakar pada hari yang sama tanpa sebarang adat istiadat di Trenton, New Jersey mengikut hasratnya.

Ahli patologi yang melakukan autopsi terhadap mayat Einstein, Dr. Thomas Stoltz Harvey bagaimanapun menyimpan dan mengawet otaknya. Dalam masa empat dekad, otak saintis tersohor dunia itu dipotong kepada 200 keping oleh beliau untuk diberi kepada para pengkaji membuat kajian.

Pada tahun 1998, Harvey memulangkan semula otak berkenaan kepada ahli patologi Princeton sebelum beliau meninggal dunia.

Legasi dan teori-teori Einstein terus diingati serta dipraktikkan sehingga hari ini.

Bagi memperingati Einstein sempena ulang tahun kelahirannya pada tanggal 14 Mac, Akademi Sains dan Kemanusiaan di Jerusalem, Israel akan memaparkan manuskrip asal ahli fizik tersohor itu.


PELBAGAI pemeran berkaitan Einstein diadakan di seluruh dunia untuk menghargai sumbangannya.

petikan kosmo online, 13 mac, 2010

Sunday, March 7, 2010

time's running out...

Just 2 weeks left 4 me 2 pass up thesis. I still not finish even chapter 2. what happened 2 me? no matter what, i must struggle this time. this thesis is very important 2 me. I must do well and finish it early. i should put proper references 2 avoid plagiarism. this thesis will define my direction after this. it's like a bench mark 2 see whether my plan work out or not.

If i get a good grade 4 this, it's like a leap motivation 4 me to move forward.i believe myself that i can do it. i can make it.i must prove 2 myself that i can face diz challenge. Oh..ALLAH, plz help me. i pray 2 U humbly.I've 2 plan well this time. this week i should finish chapter 2 and 3 no matter what. i also ve 2 consult with Prof Thiru (supervisor) regularly. I should confirm with him whether my work is on track or not.

I really must do well this time 4 my parent's sake, and most importantly 4 my own bright future. i ve 2 b strong. 4 up coming 2 weeks will determine my own future. i believe myself,i also believe i can fly high. i must move 2wards greater heights, and most importantly,i will make it a reality. . this time i really ve 2 score. i dont want 2 miss it again (i already missed the chance many times). For this time, i will not let it go easily.i will do my best n give it 2 d rest.

I will fight till the end.i will never give it up easily.That's because im d master of my fate, and im d captain of my soul.yes i can, yes i can... come on sam! u dont ve much time, yr time's running out...